Monday, 9 April 2018

Ikut 7 Cara Ini Untuk Anak Tercinta Teladani Gaya Hidup Rasulluah



Baginda Rasulluah SAW menjadi manusia terunggul kerana akhalaknya yang terunggul dan mempersonakan. Gaya tutur bahasa yang yang lemah lembut, perilakunya yang budi pekerti menjadikan beliau insan yang sangat berpengaruh untuk sekalian alam.

Mengambil Rasulluah SAW sebagai contoh untuk di jadikan teladan, di harapkan anak-anak kecil dapat bersikap dengan baik setiap hari. Namun dalam mengajar anak-anak untuk pupuk rasa cinta dan ingin meneladani Rasulluah SAW, berikut kami kongsikan lapan cara yang telah di kongsikan melalui laman AboutIslam dan MuslimDaily.

1. Ajarkan satu kebaikan setiap hari

''Satu kebaikan, satu hari'' antara cara yang baik untuk mula meniru sunnah-sunnah Baginda Nabi, kerana beliau mendorong orang-orang beriman untuk melakukan perbuatan baik walaupun perbuatan itu hanya sekecil senyuman kepada saudara seislam.

Image result for 1. Ajarkan satu kebaikan setiap hari

2. Bacakan surah Nabawi sebelum anak tidur

Apabila menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW sebelum tidur, ia memungkinkan anak-anak mengambil pengajaran daripada kisah Nabi setelah seharian bersekolah dan bermain.

Image result for bed story

3. Bawa berjalan

Melakukan aktiviti luar dapat membantu menigkatkan pengetahuan dan membawa kita lebih dekat pada Allah selain juga meluaskan daya berfikir. Tidak kasih anda ingin membawa keluar melancong keluar negara atau di dalam negara, yang pastinya anak-anak dapat melihat suatu pandangan yang lebih luas atau sesuatu yang tak pernah di lihat.

Image result for holiday

4. Cintai Alam Sekitar

Rasulluah SAW mencintai bumi kerana bumi tempat kita berpijak untuk mencintai Allah SWT. dia juga mendorong penanaman pokok dan menyayangi haiwan.

Image result for alam sekitar

5. Sayangi anak-anak yatim

Kelak ketika sudah dikurniakan cahaya mata, jangan dilupakan anak-anak untuk dedahkan mereka tentang anak yatim.

Berikan peneranganjelas tentang mereka, ajarkan anak-anak tentang perasaan syukur dan kerendahan hati. Ini membantu untuk membesarkan anak-anak memiliki perasaan kasih sayang terhadap orang lain sehingga kelak mereka akan suka bersedakah dan hargai apa yang mereka miliki.



6. Membaca surah dan pelajari tafsir

Cara yang paling jelas untuk mengenalkan kehidupan Rasulluah kepada anak-anak adalah dengan memahami bacaan al-Quran dan Hadis

Terangkan kepada mereka tentang keberkataan di dalam al-Quran dan bukan setakat dibaca malah memahami disebalik pesanan di setiap surah.



7. Berdoa dan berzikir sepanjang waktu

Rasulluah dikenali sebagai seorang yang kuat berdoa dan berzikir dalam aktiviti harian.

Malah, telah banyak buku yang mengumpulkan koleksi-koleksi doa dari hadis Nabi Muhammad SAW yang dapat kita baca dalam kehidupan seharian.







credit by NakBebel

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments

5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

Orang hamil ada pelbagai ragam latahnya, salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara anda mungkin tak pernah men...