Saturday, 7 July 2018

5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

Image result for pregnant woman cook

Orang hamil ada pelbagai ragam latahnya, salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara anda mungkin tak pernah mengalami perkara ini dan menganggap ini agak keterlaluan atau mengada-ngada.

Tetapi, inilah salah satu dari salah satu ragam ibu hamil yang perlu anda fahami. Lebih-lebih buat para suami. Memetik laman Mother & Baby, baca selanjutnya ini.

Kenapa Isteri Malas Masak Semasa Hamil

1. Loya bau makanan

Antara sebab utama orang perempuan susah nak masak ketika hamil adalah kerana tak boleh menghidu sesetengah bau makanan. Contohnya bau bawang, bau tumisan, bau nasi yang menggelegak dan pelbagai lagi yang menimbulkan rasa pening dan muntah.
Ini disebabkan jumlah plasma (aliran darah) dalam tubuh ibu mengandung akan meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh kehamilan. Apa-apa yang bergerak dari darah anda ke otak menjadi lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih besar berbanding biasa.
Disebabkan deria hidu yang semakin sensitif, seseorang menjadi sangat responsif terhadap bau-bauan, sekalipun bau tersebut sering dihidu sebelum ini tanpa sebarang masalah. Sesetengah pakar juga berpendapat bahawa ia bertindak sebagai mekanisma perlindungan bagi menjauhkan ibu mengandung daripada menghidu atau memakan makanan yang membahayakan kesihatannya.

2. Deria rasa berubah

Ssudah tentulah deria rasa juga akan berubah bila deria bau seseorang berubah dan tidak lagi berfungsi seperti selalu. Contohnya kalau kita selsema dan susah nak menghidu, biasanya kita jadi kurang berselera atau ‘teringin’ pula nak makan sesuatu yang lain.
Bila rasa dah berubah, susahlah nak merasa makanan yang dimasak. Bila memasak, rasa macam ada saja yang tak kena. Rasa masakan pun macam tak sedap seperti selalu.  Ini antara sebab kenapa ramai wanita mengandung tak memasak di rumah sampailah alahannya hilang.

3. Letih

Mungkin sesetengah menganggap letih ini perkara biasa. Para suami kena faham bahawa berlakunya banyak perubahan pada sistem tubuh isteri sepanjang proses kehamilan. Sepanjang trimester pertama terutamanya, tubuh akan bekerja lebih kuat untuk proses membuat uri (plasenta) iaitu satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Pada akhir trimester pula, perut akan semakin membesar hingga menyukarkan ibu untuk bergerak dengan banyak.
Di samping itu, tahap hormon dan metabolisma anda juga sedang berubah dengan pesat, gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Ini menyebabkan ibu mengandung menjadi menjadi terlalu letih. Ada yang teruk alahannya, ada yang alami masalah tertentu seperti kurang darah (low hb), darah tinggi, atau menghidap diabetes gestasi.

4. Tiada selera makan

Kedua-dua deria bau dan rasa ini memainkan peranan penting dalam selera seseorang. Seseorang yang tak berselera nak makan sudah tentu akan rasa kurang semangat untuk memasak.
Bila tak makan dengan baik, tubuh pun akan menjadi lemah. Daya fokus dan minda pula semakin kurang efisyen. Puas difikirnya dari pagi sampai petang, tak tahu nak masak apa.

5. Tiada rasa nak memasak

Ketidakstabilan emosi atau mood swing bukanlah sesuatu yang dibuat-buat oleh wanita, terutamanya yang sedang mengandung.
Menurut BabyCenter, tahap hormon pada tubuh ibu mengandung sedang memuncak apabila jumlah estrogen dan progesteron dalam badan meningkat. Peningkatan hormon ini boleh menjejaskan mood, lalu membuatkan ibu mengandung rasa sedih, bercelaru, bimbang atau begitu mudah tersentuh. Rasa celaru ini boleh menjejaskan rutin harian seseorang.

Image result for pregnant woman cook
Akhir kata, sebagai suami kenalah bersedia kemungkinan yang boleh berlaku sepanjang kehamilan disebabkan turun naiknya hormon dalam badan isteri.


Sunday, 1 July 2018

7 Sifat Wanita Yang Disukai Oleh Lelaki, Anda Yang Mana Satu?



Sememangnya kebanyakkan lelaki mengidamkan wanita yang mempunyai beberapa sifat yang boleh menyebabkan mereka jatuh cinta.
Disini ada 7 ciri-ciri sifat wanita yang digemari oleh lelaki. Jadi, anda wanita yang macam mana?

Wanita yang prihatin

Walaupun lelaki tidak selalu menyatakan sifat yang disukainya, ternyata sikap prihatin adalah sikap yang paling disukainya. Lelaki akan merasai anda seorang yang sangat penting bagi hidupnya jika anda memberi lebih perhatian terhadapnya.

Wanita yang tidak mudah marah

Segala permasalahan yang berlaku terhadap hubungan kamu tidak seharusnya diselesaikan dengan kemarahan atau menuding jari. Lelaki lebih suka jika permasalahan boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah dan tidak terburu-buru. Hal ini kerana dengan kemarahan anda, lebih membuatkan lelaki cepat berasa bosan dan boleh jadi si dia akan mencari orang lain yang lebih memahami diri mereka.

Memahami

Lelaki lebih suka wanita yang memahami tentang diri mereka, hobi, keperluan dan kehendak mereka. Hal ini akan membuatkan mereka lebih selesa dengan diri anda. Sudah tentunya anda akan lebih disayangi dan dicintai.

Tidak mudah cemburu

Perasaan cemburu sememangnya mesti ada pada setiap pasangan namun cemburu yang keterlaluan akan merimaskan perhubungan anda. Jadi adalah lebih baik untuk berasa kurang cemburu dan memberikan sedikit kepercayaan dalam hubungan anda. Hal ini kerana setiap orang mempunyai sebab tertentu dalam hubungan kawan pejabat atau kawan perempuan yang kadang kala tiada mempunyai perasaan yang lebih melainkan hanya teman biasa. Namun, perasaan cemburu juga merupakan salah satu sikap yang datang bila perasaan cinta dan sayang. Boleh cemburu tetapi memadai dengan keadaan.

Baik dan bijak

Siapa yang tidak menyukai pasangan yang baik dan juga bijak? Semestinya mereka sangat bangga jika anda mempunyai sifat baik dan bijak untuk ditunjukkan kepada keluarga mereka. Malah sifat baik ini akan membawa kebaikan dalam meneruskan hari-hari yang bakal ditempuhi dalam kehidupan seharian.

Menyukai anak-anak

Bagi wanita yang mempunyai sifat yang menyukai anak-anak, anda sangat bertuah! Hal ini kerana lelaki sangat menyukai wanita yang mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Masa depan juga sangat cerah dalam hidup berkeluarga yang sangat dititik beratkan oleh kaum lelaki.

Tidak kasar

Percayalah, kecantikan diri wanita itu semakin pudar dimata lelaki jika wanita itu bertutur kasar, dan berkelakuan kasar. Perkara ini tidak baik dalam perhubungan malah boleh melukakan hati dan perasaan lelaki itu.
Inilah antara 7 sifat yang disukai oleh lelaki. Jadi jangan putus asa untuk berubah menjadi lebih baik supaya terus dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.

Jom Jana Pendapatan Bersama Kami Vidara Sdn Bhd
Ingin menjadi agent untuk produk minda terbaik Malaysia. wasap saya di no 01120931848

KANDUNGAN HEBAT COCO COFFEE GARCINIA

No automatic alt text available.

1. Mangga African

Mangga Afrika berfungsi dalam menyelia adiponectin (hormon) yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Selain itu, ia membantu lemak dalam sel tubuh dapat dipecahkan dengan lebih berkesan dan lemak dalam badan dapat dibakar dengan lebih cepat dan efektif.

2. L-Carnitine

L-Carnitine berfungsi untuk memperbaiki kandungan gula dalam darah. Ia merupakan sebatian yang berperanan membawa dan menukarkan asid lemak ke dalam sel tubuh bagi membekalkan tenaga selain menstabilkan metabolisma sekaligus membantu menurunkan berat badan berlebihan.

3. Garcinia Cambogia

Ekstrak Garcinia Cambogia ini diperolehi dari kulit buahnya. Kulitnya mengandungi asid hidrosiktrik yang merupakan suatu sebatian yang mengumpul lemak dan gula daripada tersimpan dalam badan. Ia juga membantu mengurangkan selera makan seseorang yang mana bertujuan mengelakkan lemak baru terkumpul dan berfungsi untuk mengawal proses pembakaran lemak dalam badan.

4. Teh Hijau

Teh hijau memiliki nutrien terbaik kepada golongan muda dan tua, lelaki mahupun perempuan dalam menurunkan berat badan dengan efektif. Ia bertindak dengan mempercepat kadar metabolisma dan meningkatkan rasa kenyang.

5. Ekstrak Kacang Ginjal

Ekstrak White Kidney Bean membantu mencerna terus beberapa jenis kanji yang biasanya akan menjadi lemak badan daripada disimpan.Selain mempunyai kesan hebat dalam penurunan berat badan, ia juga merupakan sumber protein dan serat yang sihat.

6. Serat (Fiber)

Ia merupakan sejenis gandum yang paling berkhasiat di dunia yang mengandungi pelbagai nutrien dan zat penting untuk tumbesaran termasuklah protein, vitamin B, kalsium serta magnesium. Oat memiliki peratusan serat paling tinggi dalam kelasnya dan jauh lebih baik dari minuman probiotik dan nasi. Kandungan karborhidrat yang tinggi menjadikan sesiapa yang mengambil oat sebagai sarapan pagi akan berasan kenyang sehingga 4-6 jam berikutnya.

7. Ekstrak Epal

Epal mempunyai nutrisi yang tinggi seperti zat besi, magnesium, natrium, kalium, Vitamin A dan B serta serat yang mudah larut selain membantu menurunkan berat badan kerana kandungan Vitamin C yang tinggi pada kulitnya. Epal juga dapat membantu penghadaman yang baik serta membuang toksin berlebihan dalam badan.


5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

Orang hamil ada pelbagai ragam latahnya, salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara anda mungkin tak pernah men...