Sunday, 6 May 2018

7 TIPS UNTUK ANAK 7 TAHUN BERPUASA


Image result for anak berpuasa

Umur Berapa Yang Sesuai Untuk Anak Berpuasa

Menjelaskan lebih lanjut, Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata, walaupun puasa sama seperti ibadah solat yang hanya diwajibkan ke atas kanak-kanak yang sudah baligh iaitu 13 tahun ke atas bagi lelaki manakala perempuan lapan atau sembilan tahun, namun pada usia tujuh tahun anak-anak sudah disuruh solat dan boleh dirotan sekiranya tidak solat pada usia 10 tahun.


“Dalam hal ini ramai ulama memberikan pendapat yang sama mengenai puasa iaitu bermula pada usia tujuh tahun.

Cabaran mendidik anak pada zaman teknologi
Image result for puasa

Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata: “Didiklah anak-anakmu mengikut zaman kerana mereka akan hidup pada zaman yang berbeza dengan zamanmu.”
Merujuk kepada pesanan Umar al-Khattab, ibu bapa disarankan mendidik anak-anak mengikut zaman.

7 Tips Latih Anak Berpuasa Dengan Bertenaga dan Bersemangat



#1 Bagi Kefahaman Tentang Puasa
Yang paling utama, ibubapa perlu memberi kefahaman tentang puasa. Kelebihan dan ganjaran kepada orang yang berpuasa. Sampaikan dalam bentuk cerita supaya anak-anak lebih tertarik.
Jika anak-anak mengadu penat dan lapar. Kaitkan dengan kisah para sahabat dan nabi. Agar anak-anak termotivasi.

#2 Rehat Secukupnya
Selepas Isyak atau Tarawih adalah masa untuk tidur. Dan beberapa minit sebelum atau selepas Zuhur untuk tidur sekejap. Rehat yang cukup, memberi tenaga kepada anak-anak.
Jangan biarkan anak-anak tidur lewat terutama hari persekolahan. Penat yang melampau akan menyebabkan anak-anak tak tahan lapar.

#3 Aktiviti Yang Menyeronokkan
Bila anak-anak merungut lapar. Ibubapa boleh reka permainan atau aktiviti yang menyeronokkan dan mengasyikkan. Supaya rasa lapar anak-anak ditukarkan kepada perasaan seronok.
Kaedah ini juga boleh dirujuk pada hadis yang dinyatakan pada permulaan artikel ini.

#4 Latih Puasa Secara Berperingkat
Puasa agak berat bagi kanak-kanak. Sebab makan dan minum menjadi godaan buat mereka. Cara yang terbaik adalah dengan melatih secara berperingkat. Tapi sekiranya anak anda sangat bersemangat, teruskan.
Sekiranya berkelapangan, ibubapa digalakkan untuk membuat jadual selama sebulan.Jika ada ramai anak, ia menjadi satu persaingan sihat.

#5 Libatkan Anak Dengan Penyediaan Berbuka Puasa
Anak-anak tentu suka apabila ibubapa hargai mereka. Anak-anak sangat happy dan dihargai jika mereka diajak sekali bantu untuk sediakan makanan berbuka puasa.
Libatkan mereka ketika menyediakan juadah berbuka puasa akan meningkatkan semangat mereka untuk berbakti (pahala bantu orang berbuka puasa)

#6 Ganjaran Kepada Anak-Anak
Jangan salah faham, ganjaran ada banyak jenis, bukan hanya wang. Ganjaran berbentuk wang tak digalakkan (bagi pendapat saya).
Ganjaran yang paling sesuai ialah masak makanan kegemaran mereka ketika bersahur dan berbuka puasa.
Sekali sekala beli makanan di bazar Ramadan seperti kuih, air soya, kebab dan sebagainya.

#7 Makanan Lazat & Bertenaga
Bekalkan anak-anak dengan makanan yang lazat, berkhasiat, bertenaga dan menyelerakan. Makanan tersebut membantu anak-anak kekal bertenaga sepanjang puasa. Makanan tambahan seperti vitamin juga sangat membantu.

5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

Orang hamil ada pelbagai ragam latahnya, salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara anda mungkin tak pernah men...