Saturday, 2 June 2018

BANYAK BETUL MANFAAT KOPI



Jutaan umat seluruh dunia menggemari kopi. Sesungguhnya terdapat banyak pilihan untuk dipilih – espresso, dengan atau tanpa susu, panas atau ais… tetapi kopi mengandungi kelebihan yang boleh diguna selain hanya dijadikan sebagai minuman.


       1. Scrub muka (Topeng Muka)






Kopi mengeluarkan sel-sel kulit mati dan memberikan kesan anti kedut kerana kandungan antioksidan mereka. Ini menjadikan kopi sebagai salah satu produk  terbaik untuk kulit anda. Anda boleh menggunakan kopi pada wajah anda.


2. Penyegar peti sejuk 



Kopi berkesan melawan bau yang tidak menyenagkan dalam peti sejuk sama seperti ia menghilangkan bau yang tidak baik pada tangan anda. Letakkan secawan kopi didalam peti sejuk. Kopi akan menyerap bau yang kuat.


3. Ubat anti selulit



Anda boleh buat rawatan anti-selulit anda sendiri dengan mencampurkan kopi bersama minyak kelapa. Sapukan ke kawasan yang terjejas dan urut selama beberapa minit. Bilas dgn air.


4. Penyegar udara



Letakkan kopi yang kering didalam kain nylon dan letakkan didalam bilik. Anda boleh melaukan perkara yang sama untuk kereta dan almari anda.


5. Penggilap perabot 



Kopi juga sangat berguna untuk membuatkan perabot anda berkilat dan bersih seperti baru.

Biarkan kopi sejuk, gunakan kain, dan gosokkan pada permukaan kayu perabot kegemaran anda. Bukan sahaja ini dapat menjadikan perabot anda berkilat, tetapi anda juga akan menghargai bau kopi yang menyegarkan di rumah anda.


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments

5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

Orang hamil ada pelbagai ragam latahnya, salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara anda mungkin tak pernah men...