Tuesday, 27 March 2018

KUATKAN DAYA INGATAN DENGAN 7 MAKANAN SUNNAH


Assalamualaikum wbt.


Hai sahabat-sahabat hari ni saya nak kongsikan beberapa makanan sunnah yang tak dapat di sangkal mampu membantu untuk menguatkan daya ingatan. Dan makanan sunnah yang saya akan kongsikan bukan sahaja akan membantu dalam menigkatkan daya ingatan tetapi mampu jugak menjaga kesihatan kita tau. Al maklumlah makanan sunnah banyak manfaat nye.


Mengenai bab makan, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172:

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Al-Baqarah: 172)
Rasulullah SAW juga bersabda berkenaan penjagaan tubuh badan:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
Hadis Riwayat Muslim

Dengan itu, untuk menjadi mukmin yang kuat kita seharusnya mengambil makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Disini saya kongsikan beberapa makanan sunnah nabi SAW.

#1 – KURMA

Buah kurma ialah makanan yang sempurna untuk tubuh badan kita. Dalam kebanyakan masa, Rasulullah akan memakan buah kurma sebagai makanan utama Rasulullah SAW. Banyak khasiat buah kurma yang kita dapati. Antaranya buah kurma mempunyai mineral, vitamin, serat, dan antioksida yang sangat penting untuk badan. Dikatakan buah kurma boleh dijadikan sebagai pengganti diet yang sangat baik.
Antara amalan Rasulullah SAW mengenai kurma, Baginda suka meminum air yang direndam kurma (semalaman) sehingga kurma itu lembut dan airnya terasa manis. Minuman ini dinamakan sebagai Nabid. Rasulullah akan minum pada keesokan harinya atau hari berikutnya dengan syarat baunya tidak berubah atau memabukkan. Ia dapat memberi tenaga seperti air tonik.

Image result for kurma

KHASIAT KURMAMengikut pakar perubatan, antara kelebihan kurma ialah dapat membantu pesakit asma, dapat menguatkan tulang, dapat meningkatkan tenaga batin, dan dapat mengawal berat badan. Potassium dalam kurma merupakan sesuatu yang penting dalam sistem saraf kita. Oleh itu kurma dapat menambahkan KECEKAPAN dan KETAJAMAN aktiviti OTAK.
Oleh itu bagi sesiapa yang ingin menambahkan kecekapan otak boleh mengamalkan memakan buah kurma. Ia sangat bagus untuk menguatkan ingatan kepada pelajar-pelajar. Buah kurma bukan sahaja boleh dimakan untuk pelajar-pelajar, malah ibu yang mengandung juga digalakkan untuk memakan buah kurma untuk perkembangan otak bayi. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak.

#2 – MADU

Madu merupakan makanan yang sangat istimewa diciptakan oleh Allah SWT. Dihasilkan daripada lebah yang terbang jauh untuk mengumpulkan madu di sarangnya. Madu mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Antara khasiat yang terdapat dalam madu adalah enzim, vitamin, mineral, dan pinocembrin. Khasiat-khasiat ini sangat baik untuk perkembangan otak.
Image result for madu

KHASIAT MADU
Terdapat pelbagai kelebihan madu yang dapat kita temui antaranya:
  • madu dapat dijadikan salah satu makanan pelengkap.
  • madu dapat membantu dalam proses penyembuhan selepas kemalangan.
  • madu juga dapat digunakan sebagai ‘antiseptic’ bagi tubuh melawan penyakit.

#3 – KISMIS

Kismis merupakan makanan sunnah yang sangat istimewa. Kismis berasal dari buah anggur yang telah kering. Dikatakan kismis dapat mengurangkan tekanan dalam badan, dapat melancarkan peredaran darah, dapat menguatkan jantung, dan dapat membantu dapat rawatan penyakit anemia.
Kismis sangat baik untuk otak. Minda akan lebih cekap dan kuat menghafal apabila selalu memakan kismis. Sebab tu ramai ustaz-ustaz menyarakan pelajar-pelajarnya untuk makan kismis supaya mudah menghafal.
Image result for kismis

Khasiat KismisMenurut segi sains, buah anggur segar mempunyai kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C dapat membantu menguatkan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Kismis pula kaya vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron boleh membantu menambahkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.KHASIAT KISMIS

#4 – MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun tidak boleh diceritakan lagi tentang kelebihannya. Minyak zaitun banyak diterangkan oleh nabi sebagai makanan yang terbaik.
“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah An-Nuur: 35)
Image result for minyak zaitun


KHASIAT MINYAK ZAITUN
Dari sudut sains, minyak zaitun diperkaya dengan lemak, vitamin E, vitamin K, dan sedikit sekali zat besi. Terdapat juga polyphenols, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol dalam darah, mengelakkan masalah sakit jantung, membantu dalam mengawal tekanan darah, dapat membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi tubuh, dan melindungi dari kesan radikal bebas.
Bagaimana minyak zaitun memberi kesan yang baik pada otak? Dikatakan minyak zaitun dapat meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Lemak berguna (lemak baik) didalam minyak zaitun dapat membantu dalam pemantapan otak kerana 60% komponen otak adalah dari lemak.

#5 – BUAH TIN

Buah tin. Buah yang begitu istimewa sehingga Allah SWT sendiri telah menyebut tentang buah Tin didalam Al-Quran yang mulia. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (At-Tiin: 1-4)

Image result for buah tin


Khasiat Buah Tin
Kenapa buah tin begitu istimewa sehingga Allah SWT sebut didalam kitabNya yang mulia? Dikatakan buah tin merupakan buah yang penuh dengan khasiat seperti vitamin, mineral, serat, dan antioksida yang tinggi.
KHASIAT  BUAH TIN
Buah tin juga dapat membantu dalam sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan baik, maka badan kita dapat menyerap nutrien dan khasiat makanan dengan baik.

Pemakanan buah tin juga melibatkan aktiviti penyingkiran toksin menyebabkan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih teratur. Buah ini juga dapat meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga dapat membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok. Begitu banyak kelebihan buah tin yang sangat rugi jika kita meninggalkan pemakanan buah tin ini.

#6 – HABATUS SAUDA’

Habatus sauda’ juga merupakan makanan sunnah yang sangat bagus untuk otak. Habatus sauda mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam meningkatkan imunisasi badan dan dalam melawan penyakit. Kehebatan habatus sauda ini telah dijelaskan oleh nabi SAW melalui sabdaannya:
“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”

Image result for habbatussauda


KHASIAT HABATUS SAUDA’
Antara kelebihan habatussauda’ ini ialah dapat memberikan kekuatan untuk daya tahan tubuh yang lebih lama. Ia dapat meningkatkan sel-sel pembunuh alami bakteria jahat dalam tubuh. Habatussauda dapat menghindarkan kita dari penyakit berbahaya seperti aids dan kanser.
Kajian pada tahun 1993, Dr. Basil Ali bersama pasukannya dari Collage of Medicine dari Universitas King Faisal, telah menyatakan dalam jurnal Pharmasetik Saudi dan diiktiraf pula oleh Prof. G. Reimuller, seorang Direktor Institut Immonologi dari Universiti Munich, German, Bahawa Habbatussauda dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat dijadikan sebagai Bioregulator.

#7 – SUSU KAMBING

Susu kambing merupakan makanan yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW. Sangat banyak khasiat susu kambing yang semakin mendapat perhatian masyarakat.
Antara khasiat susu kambing adalah ia merupakan makanan yang terbaik bagi pembinaan otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mempunyai segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi perkembangan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.
Berikut adalah khasiat susu kambing bagi pelajar-pelajar yang ingin kuat dalam hafalannya:

  • Susu kambing dapat meningkatkan sistem imunisasi.
  • Menyebabkan penghadaman lebih lawas & lancar.
  • Menjadikan tulang lebih kuat
  • Dapat mengurangkan allergenic
  • Boleh membantu dalam mengurangkan kahak.
  • Meningkatkan IQ pelajar-pelajar dan pelajar cepat meningat.

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments

5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

Orang hamil ada pelbagai ragam latahnya, salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara anda mungkin tak pernah men...